Isi Kuliah Tasawwur Islam Pada 1hb Oktober 2010

Pada hari Jumaat, 01 Oktober 2010 Tasawwur Islam bersama Tn. Guru Dato’ Dr Haron Din telah di adakan di Dewan Solat Bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Kira-kira 500 jemaah telah menghadiri kuliah yang berlangsung lebih kurang 1 jam ini. Antara isi Tassawur ialah tentang siksaan azab di neraka apabila melanggar hukum-hukum Allah. Contohnya makanan dan minuman ahli neraka seperti maksud ayat Surah An-Naba’ ayat 21-30:

21. Sesungguhnya neraka jahannam adalah disediakan
22. Untuk orang-orang Yang melampaui batas hukum tuhan, sebagai tempat kembalinya
23. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya
24. Mereka tidak dapat merasai udara Yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman
25. Kecuali air panas Yang menggelegak, dan air danur Yang mengalir,
26. Sebagai balasan Yang sesuai (dengan amal mereka Yang buruk)
27. Kerana Sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
28. Dan mereka telah mendustakan Dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan kami;
29. Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis
30. (setelah mereka masuk ke Dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat kami) maka rasalah kamu (azab Yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".